Thursday 2 November 2017

Setinggi-tinggi Penghargaan kepada Penaja Persembahan Teater Mamu Popia Mami Dalcha


TERIMA KASIH PENAJA DAN PENYUMBANG

Tanpa anda siapalah kami!

Berikut adalah syarikat dan badan-badan yang telah membantu kami dalam menjayakan pementasan Teater Mamu Popia Mami Dalcha pada 28 Oktober yang lalu. Sesungguhnya usaha mereka ini secara tidak langsung telah membantu menyemarakkan lagi kegiatan seni anak-anak jati negeri Pulau Pinang untuk mengembangkan bakat seni mereka dalam bidang lakonan & pengarahan, penulisan skrip, pengurusan produksi pementasan, pengacaraan, tarian dan juga nyanyian. 


Click read more



Sumbangan Ikhlas
👉🏾 Pure by Safiyyah Osman
Sebuah syarikat milik bumiputera yang menghasilkan produk kecantikan secara organik seperti pencuci wajah dan alat solek yang dibuat buatan dari rumah. Made In Sungai Petani,Kedah.  100% buatan tangan.  Semulajadi & bebas dari bahan kimia, pewarna tiruan, pewangi tiruan, sulfat, paraben & bahan pengawet kimia.








Penginapan Artis
👉🏾 Hotel Neo+ Penang
Sebuah hotel yang terletak di tengah bandaraya Georgetown.  Lokasi yang amat strategik sekali pada harga yang amat berpatutan.  Selain bilik penginapan,  Hotel Neo+ Penang mempunyai dua buah cafe dan beberapa dewan untuk function hall.
Official Website:  https://www.neohotels.com/en



 


  






Jamuan Makanan/Katering
👉🏾Nasi Lemak Station Kepala Batas
Untuk jamuan pagi,  kami disajikan dengan nasi lemak by Nasi Lemak Station Kepala Batas!!
Facebook:  Nasi Lemak Station Kepala Batas



 






👉🏾A Ghaffoor Martabak Original
Untuk jamuan makan tengahari sebelum show,  pihak A Ghaffoor Martabak Original berbesar hati menyajikan kami dengan jamuan tengahari berupa nasi tomato,  ayam masak merah,  dalcha,  taukua sambal dan of course the famous MARTABAK!







👉🏾Burger Achan
Untuk lapek perut before show,  kami semua disedekahkan burger daging yang lazat!  



👉🏾Abg Jit Ikan Bakar
Cast party kami ditaja oleh Abg Jit Ikan Bakar.  Memang terbaik la ikan bakar kat sini.  Kami semua makan sampai berpeluh.
Facebook:  Abg Jit Ikan Bakar









Tajaan Hadiah Cabutan Bertuah
👉🏾COWAY Penang
Terima kasih pihak COWAY yang memberikan kezutan berharga untuk para penonton!

 



Cetakan Tiket
👉🏾  Crucetak Sdnbhd
Seperti biasa Crucetak berbesar hati menjadi sponsor untuk cetakan tiket kami!
Facebook:   Crucetak Sdnbhd






T Shirt Rasmi
👉🏾Mamu Printing
T Shirt rasmi MAMU POPIA MAMI DALCHA ditaja oleh Mamu Printing di mana para penonton juga dapat membelinya pada harga yang berpatutan.
Facebook:  Mamu Printing




No comments:

Post a Comment