Tentang Kami

Pengenalan
Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang adalah sebuah NGO yang bergiat aktif dalam penganjuran pementasan teater di negeri Pulau Pinang sejak tahun 2002. Walaupun mempunyai keahlian ahli persatuan yang sangat kecil iaitu 12 orang tetapi Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang seringkali melibatkan ramai penggiat seni teater tempatan dan kawasan utara terutamanya dalam setiap pementasan yang dilakukan.


Pementasan teater anjuran Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang adalah lebih sinonim dengan genre komedi dan lawak santai.


Telah menganjurkan lebih kurang 20 buah teater di Pulau Pinang sejak tahun 2002 dan seringkali 'pecah panggung' kerana pengikut setia Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang yang datang menyokong untuk menyaksikan persembahan ini datang dari seluruh pelusuk Utara semenanjung Malaysia terutamanya dari seluruh Pulau Pinang.


Kami bangkang formality, tapi kami anak seni, kami tak ikut prosedur! Tapi kami tetap berkarya, kami berani sebab kami suka ikut suka hati mak bapak kami, tapi orang suka. Stereotaip bukan kami. Tapi kami tetap respek. Kami suka berpoya – poya! Hahahahahaa!!!


Kerja Amal
Selain pementasan teater, Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang juga aktif dalam kegiatan amal dimana sedikit daripada jumlah keuntungan yang diperoleh akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan.


Khidmat Iklan
Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang juga membuka peluang kepada syarikat dan individu tempatan yang berminat untuk membuat usahasama perniagaan dari segi promosi dan pengiklanan melalui pentas teater kami.  


Cara Hubung
Persatuan Teater Resdong (1307-05-3)
28-7-19 Taman Sri Pinang, Jalan Sungai,
10150 Georgetown Pulau Pinang
No Tel : +60 12-561 8434 (Lanun)
Emel : resdongsteater@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/PersatuanTeaterResdongs
Instagram : @resdongsteater






No comments:

Post a Comment