Thursday, 2 November 2017

Berakhir Sudah Pementasan Teater Mamu Popia Mami Dalcha


Berakhir sudah permentasan teater 🌚 Mamu Popia Mami Dalcha 🌝

Jutaan TERIMA KASIH kepada peminat setia teater Resdong's yang tak pernah jemu menyokong usaha-usaha seni kami. Selamat berkenalan juga diucapkan kepada semua penonton baharu yang buat pertama kali menyaksikan teater persatuan kami.

Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang merupakan NGO teater Melayu yang bergiat aktif di Pulau Pinang.

Tahniah kepada abang long Resdong's yakni Lanun Resdong's. Anda telah membuktikan bahawa persatuan kita masih bergerak aktif walaupun dalam keadaan kita yang tinggal beberapa kerat ini.



Tahniah juga buat abang ngah Resdong's iaitu Mamak Puteh Iktiarudin Resdong's. Walaupun nama kini meningkat naik tetapi hubungan kekeluargaan antara kita semua masih kuat.

Keluarga kita tak ramai..
Tapi kita telah berjaya buktikannya….


Tak lupa juga kepada Mamu Abu selaku pengarah dan penulis skrip teater. Memang tidak dapat dinafikan, Abu seorang genius dalam bidang ini. Berjaya selitkan mesej berharga dalam hiburan gelak tawa.


TERIMA KASIH kepada barisan artis dan pelakon juga para pemuzik, anda telah berikan komitmen lakonan yang amat menghiburkan. Ada penonton yang kata, “Bayar RM30 tapi kami gelak untuk nilai RM100!”

Juga kepada semua barisan krew belakang pentas yang terlibat antara langsung dan tidak langsung, dari Stage Manager hinggalah Front of House. TERIMA KASIH banyak-banyak untuk masa, tenaga dan usaha anda!

Tidak dilupakan, TERIMA KASIH banyak2 kepada semua kawan2 and adik beradik yang mai support show kami semalam. Salah dan silap harap dimaafkan. Tanpa support daripada hangpa semua, siapalah kami? Terharu sangat sebab nilai RM30 amatlah besaq tapi harga tiket itu bukanlah untuk kita nak mengaut keuntungan semata-mata tetapi "cukup-cukup" untuk Persatuan membina satu platform kepada anak seni tempatan terus berkarya dengan cara kami sendiri.

Show akan datang Insya Allah kita bagi pecah panggung lagi..


No comments:

Post a Comment