Thursday, 1 March 2018

Resdong's Team Melawat Langkawi

Hello u olls,

Sebenarnya,  awal tahun kami plan nak buat teater show,  tapi nak buat macam mana,  kami punya permohonan nak buat kat dewan sekian-sekian (area Kepala Batas) direjek atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,  maka kami bersepakat....JOM PI BERCUTI.  Masa duk meeting nak pi bercuti,  semua orang mempunyai cita-cita besar nak pi bercuti kat macam-macam tempat,  tapi tempat yang jenis PULAU menjadi kategori yang menjadi pilihan hati la.  Tak tau macam mana,  kami terpikiaq PULAU LANGKAWI.  Nak pi sana pun senang,  aktiviti macam-macam nak buat,  in term pun budget .....sangatlah okay.

Akak dan Mantaro diberi tanggungjawab oleh boss kami Encik Lanun untuk menyusun atur hal nak pi sana.  Akak buat booking flight dan tukang jaga duit,  Mantaro tukang survey dan buat confirmation.  Alhamdulillah,  maka pada 9-11 Februari yang lalu,  kami pun pergi lah ke Langkawi.

Kami pi sana naik flight (fewwiiittt),  pi hari Jumaat.  Sampai ja,  kami pi check in di challet kami iaitu di Tanjung Rhu.  Malam tu free and easy (just pi makan kedai tomyam yang sedap di Pekan Kuah).  Then hari Sabtu pagi-pagi kami pi island hoping then petangnya kami hiking naik pi tengok air terjun Durian Perangin.  Hari Ahad,  shopping apa lebih kurang pastu balik.

Haaa...memang dalam trip ni akak sorang pompuan hat lain semua jantan.  Masa nak pi memang nervous,  siap duduk kat ruang tamu,  terdiam macam melihat masa depan.  Tapi,  laki akak pesan lagu ni "Alah...hang buat ja macam hang nak keluar dengan gang ponen hang....so semuanya tak akan jadi masalah," kerlas tak laki akak?  Bagi pelepasan yang meletops.

Alhamdulillah,  percutian kami masa tu memang best sebab bayangkan dari Jumaat sampai Ahad,  aku kira gelak tak berhenti sampai sakit pinggang dan sakit mulut.  These are some of the cerita yang jadi kat sana:


click read more

Cerita 1 -  CHOIH
Nak habaq mai kat hangpa hari tu akak pi Langkawi, kami jumpa la kawan kami yang sememangnya berasal dan menetap di Langkawi. Dia berbesar hati bawak kami jalan-jalan. Kak pun tanya kat dia,

"Hang duk buat kerja apa ja lani?" tanya akak.
"Aku duk bawak lori, supply cokelet kat kedai Choih,"
"Kedai CHOIH?" pelik akak dengan nama kedai ni.
"Kedai CHOIH ni kat Langkawi kira sama macam 7E la," explained kawan akak.

Akak mengangguk kecik. Esoknya, di Pantai Chenang, kami pun berjumpa dengan kedai CHOIH. Rupa-rupanya kedai itu bertajuk Chois.  😂😂😂😂😂




Cerita 2 - Berkenalan dengan Dua Achi Mat Salleh

Masa malam kedua kami di Langkawi,  kami dah set up buat BBQ.  Ada cerita dia kat posting lain,  so masa malam buat BBQ tu,  kami pun dengan murah hati duk jemputlah jiran-jiran tetangga yang duduk kat challet sebelah-sebelah.  Ada yang kekwat tak mau mai sebab - tak minat dengan lagu yang kami pasang.  (Hahahaha mat salleh kan pelik-pelik?  Rasanya depa ni mat salleh yang mai dari kampung kot....pasang lagu Dua Lipa pun tak boleh).  Tapi dua orang minah salleh ni mai join kami,  nama depa Phoebe & Lily daripada United Kingdom.  Depa baguih duduk layan kami semua sepanjang malam,  makan banyak kali tak malu. Pastu nak jadi cerita,  depa dua orang ni rupanya adalah freelance video maker,  so bila aku cerita pasai Persatuan kami,  depa pun syiok nak tau banyak pasai kami semua.  Lani.....kita tunggu,  depa kata depa nak buat video pasai kami.  Kalau jadi,  nanti depa emel!

Sapa rambut blonde?  Itulah minah salleh nya....


Cerita 3 - Perenang
Hari terakhir kat Langkawi,  akak duduk depan bilik akak sambil menunggu they olls yang lain bersiap.  So ada lah seorang kakak sedang menyapu dan mengemas halaman challet kami,  akak rasa dia ni pekerja kat challet ni yang bertugas sebagai housekeeping gitu.  So,  akak pun tegur dan ajak dia sembang2.  Pastu dia kata "Mai sini hari apa?"

"Jumaat kami mai...hari ni nak balik dah,"

"Awat semalam tak nampak?"

"Oh...semalam pi berenang," jawab akak ringkas merujuk kepada aktiviti island hoping yang kami buat semalam.

Pastu kakak tu balas "Patutlah badan kemaih...perenang rupanya..."
 😂😂😂😂😂


Nenjiaa perenang!



Cerita 4 - Minyak Habis
Hari terakhir kami kat Langkawi,  kami ambil kesempatan untuk pi ronda-ronda beli buah tangan untuk keluarga di Penang.  Dari HIG sampailah RAS,  boleh kata dua tiga kedai kat Pekan Kuah kami singgah.  Last sekali lebih kurang jam 3.30pm kami pun bertolak ke air port.  Flight kami pukul 5.30 pm,  Mamak punya flight pi KL pula jam 6.30 pm.  Walaupun akak dah check in siap-siap kat tiket flight kami,  tapi still kalau boleh 4.30pm kena ada kat airport la kan?  Sebab nak check in bag.  Dah la lani,  Air Asia kita kena print tag bag sendiri.

Tiba-tiba pukul 4.15pm,  betui-betui kami kat jalan tepi Minyak Gamat Nusantara,  MINYAK VAN kami habis.  JENG JENG JENG........Ni adalah antara sebab-sebab nak sep,  tak mau nak isi minyak banyak-banyak takut nanti terlebih pulak tinggal dalam van rugi.  Enjin van tak boleh nak start,  nasib baik kami punya pilot sangat cekap -- MANTARO pelan-pelan masuk dalam kawasan Minyak Gamat Nusantara dan parking elok bawah pokok (tak panaih).

Dan tup tup,  time tu juga,  pemilik tukang sewa van kami telipon.  Akak pun habaq kat dia what happened,  dia masa tu dah tunggu elok kat airport sebab nak amik kami punya van la balik kan?  Bila dah jadi macam ni,  dia kenalah tolong kami beli minyak dan mai antar minyak kat kami.  Lokasi kami dengan airport actually dah tak berapa jauh,  lebih kurang 10 minit drive ja lagi.

Puan Siti dan suami dia pun mai ngam-ngam pukul 4.30pm lagu tu,  dia pun tolong kami isi minyak. Pastu kami terus pecut ke airport!  Alhamdulillah,  kami sampai-sampai kelang kabut masuk beg apa semua terus terbang balik PENANG.

Jom berkenalan dengan ahli-ahli Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang

KIRI:  Okay yang kiri sekali,  nama dia Rizal.  Dia penyanyi kelab malam.  Muka tak berapa hensem tapi suara dia Ya Allah boleh berayaq pepek kalau dengar.  Boleh follow dia kat sini:  Abu Zehn Zehreev Resdong's

TENGAH:  Yang tengah tu,  takkan ampa tak kenai?  Yaaaa....Mamak Puteh.  Sorry sebab mai Langkawi,  dia tak boleh jadi Puteh sebab duk kena berjemoq tepi laut,  dia jadi itam.  Boleh follow dia kat sini:  IG @mamakputeh

KANAN:  Yang kanan sekali,  deni hero blue filem Melayu.  Ampa bukak PornHub,  search Shemale...banyak la dia berlakon.  Nama dia Awie.  Sila follow dia kat sini:  Awie Resdong's Zam

KIRI:  Okay yang kiri sekali,  manehhhhhh orangnya.  Nama dia Mantaro.  Status,  BUJANG.  Kalau nak berkenalan,  sila PM tepi.

TENGAH:  Yang tengah tu,  kalau ampa tak kenai,  aku ti baling kasut kat ampa!

KANAN:  Yang kanan sekali,  nama dia Ayah Ashraff a.k.a Wak.  Masih bujang juga.  Suara dia sedap,  keluar dari perut.  AYAH!  Nampak series tapi lawak jugak seperti celaka.  Oleh itu,  sila add beliau kalau nak berkenalan.  FB beliau:  Ashraf Resdong's

Okay yang ni!  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gambar ni paling special sebab gambar dalam gambar. Beliau adalah presiden kami,  tampa beliau,  Insya Allah persatuan ni pun boleh pupus.  Sebab tu kami tempah gambar dia masuk dalam pinggan bubuh cabai ni.  Hangpa nak tau aktiviti terbaru pasai kami punya persatuan,  update apa-ap semua,  WAJIB follow beliau on Facebook sebab dia raja buat LIVE!  Beliaulah....LANUN RESDONG'S 



Okaylah itu antara cerita happy-happy yang boleh akak share kat sini.  Selanjutnya akak akan share secara lebih details dalam artikel asing-asing.  Stay tuned!  Apa pun,  akak memang sangat happy pi bercuti dengan depa ni semua.  Semua pun dah besaq panjiang,  tau jaga diri,  tau jaga nama masing-masing,  so takdak la rasa tak selesa ka apa kalau nak keluar pi bercuti lagi dengan depa.  Amin-amin.

Okay,  jangan lupa baca posting akak yang seterusnya!


Artikel ini ditulis oleh ahli persatuan Resdong's iaitu Jumie Samsudin melalui blognya www.jumiesamsudin.com.

No comments:

Post a Comment