Berikut adalah fakta menarik yang hangpa harus tau mengenai show MAMU POPIA MAMI DALCHA
- De Bebear yang memegang watak Melissa dan Mamak Kwang Soo yang memegang watak Shirleen baru pertama kali buat show di atas pentas teater!
- Ini merupakan pementasan teater pertama Persatuan Teater Resdong's di Dewan Sri Penang.
- Ramai penonton baharu yang datang menyaksikan teater ini termasuk dari sekitar Pulau Pinang malah dari Alor Star, Sungai Petani, Ipoh dan malah Kuala Lumpur dan Singapore.
- Oleh kerana jadual latihan teater yang ketat, De Bebear tiga kali masuk klinik untuk ambil "nab" sebab asthma.
- Selepas show selesai pelakon Wan Raja dikejarkan masuk ward kerana sakit asthma. Beliau telah merasa masalah pernafasan sebelum show bermula lagi, tapi oleh kerana komitmen, beliau teruskan show!!
AMN kena amik nab juga. - Mamu Popia lakonan Mamu Tiger juga terpaksa mendapat rawatan ni hospital kerana serangan asthma selepas show. Haaiiii banyaknya pesakit asthma ni?
Mamu Tiger amik nab! - Ketua crew angkat barang iaitu Man Botak telah dimasukkan ke wad hospital kerana sakit gout, beliau keluar hospital pada hari show dan terus datang ke Dewan Sri Pinang untuk selesaikan tugas!!
Man Botak with Kak Pah. - Mamu Tiger juga nyaris-nyaris tarik diri daripada pementasan ini kerana hampir 'give up' sebab dia takut tidak mampu bawa watak seperti yang diinginkan Pengarah
- Along Bobo a.ka. Mat Kechik & Lanun Resdong's a.k.a Caca Iqbal terlibat dengan kemalangan motorsikal selepas show selesai di mana Along telah melanggar Lanun. Mujur tiada sebarang kecederaan fizikal yang dialami.
Saja bubuh gambar ini. Walaupun tidak kena mengena dengan trivia. - Nyanyian lagu "Jesnita" oleh Ropie sebenarnya dinyanyikan oleh Stage Manager iaitu Mista Fixx. Abang Ropie miming sahaja.
- Mamak Puteh sibuk dengan persiapan final Super spontan tetapi tetap bagi komitmen. Cayarah!!!!
- Sebelum show, Mamak Puteh buat kenduri nasi minyak dengan gulai ayam kepada semua tenaga produksi. Ini adalah kali pertama Mamak belanja kami. HAHAHAH Tahniah Mamak.
- Adegan baling air ke muka Kak pah a.k.ae Mami Dalcha adalah spontan.
- Watak Rauf yang dipegang oleh Ropie asalnya ditawarkan kepada Syuk SYJ namun atas komitmen lain, beliau terpaksa menarik diri dan watak itu diberikan kepada Ropie.
- Para pelakon dan tenaga produksi menjalani latihan di belakang Masjid Wan Chik Ariffin, Kampung Dodol berdekatan dengan kubur lama. Terima kasih diucapkan kepada Ahshabul Qurban atas ruang yang diberikan ini.
- Pereka pentas dan pemain keyboard adalah pasangan kembar seiras. Abang Lee dan Abang Lan!
- Ada penonton yang mai show pukul 10.00 malam dan beli tiket!! Walaupun show dah habis setengah tapi dia sanggup beli tiket lagi.
No comments:
Post a Comment