Friday 22 September 2017

Persembahan Sulong Resdong's di Dewan Sri Pinang


Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang yang dahuluinya lebih sinonim dengan pentas-pentas dalam Universiti Sains Malaysia kini telah berubah angin dan citarasa kerana buat pertama kalinya persatuan kami akan mengadakan persembahan di pentas Dewan Sri Pinang.  Auditorium yang mempunyai kapasiti lebih kurang 1000 penonton ini juga mempunyai pentas yang boleh tahan besar juga,  menurut Abu Mamu selaku penulis skrip dan pengarah teater Mamu Popia Mami Dalcha,  para pelakon perlu bersenam dan mengadakan latih tubi dengan lebih agresif supaya tidak semput di atas pentas yang mempunyai kebesaran lebih kurang 3 buah court badminton.


click read more


Diharapkan pementasan Mamu Popia Mami Dalcha yang akan dibintangi oleh Mamak Puteh,  Ropi Raja Lawak,  Wan Raja,  Abu Mamu, Mamak Kwangsoo, Sharifah Juairiah a.k.a Kak Pah,  Cik Pak Mantelo,  Lanun Resdong's,  Mamu Tiger,  Awie Zampuri Resdong's,  Jumie Samsudin Resdong's,  Along Bobo,  Achan Boria dan bintang baru De Bebear serta ramai lagi bukan sahaja akan memberi pengalaman baru kepada para pelakon dan kru produksi,  malah memberi pengalaman baru kepada para penyokong dan peminat show-show Persatuan Resdong's yang sejak awal lagi sudah tidak sabar-sabar untuk membeli tiket untuk menyaksikan show ini.

Abu Mamu sedang memberikan kata-kata semangat kepada salah seorang pelakon yang merupakan bintang baru di pentas teater iaitu De Bebear.


Untuk pengetahuan semua,  show kali ini ada dua jenis tiket yang akan dijual kepada para penonton.  Section A iaitu bahagian depan pentas akan dijual pada harga RM30 dan Section B yang merupakan bahagian atas auditorium,  berharga RM25 sekeping.  Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket,  mohon hubungi talian seperti berikut:

Lanun Resdong's  +60 12-561 8434
Fairul Niezam Mat Yusuf  +60 12-432 3275
Hanafie Shendo +60 11-1240 5595

No comments:

Post a Comment