Ini adalah kali pertama aku membuat tugasan penuh sebagai setiausaha persatuan sejak pertama kali menyertai persatuan ini pada hujung tahun lalu. Menggantikan tampuk tugas Yaya Resdong's yang kini sudah bernikah dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Bayangkan aku seorang poen yang membuat kerja-kerja yang jantan dan telok-telok lain tak akan buat. Of course, kerja-kerja tulis surat, tempah menempah, simpan menyimpan dalam juga hal-hal lain yang berkaitan. Nasib baiklah kami mempunyai Stage Manager yang sangat berkaliber iaitu Mista Fixx yang sudah bertahun-tahun berpengalaman menguruskan pentas teater Resdong's. So bab-bab show dan apa sahaja yang berlaku atas pentas tu aku dah boleh serah secara penuh kepada dia.
Bukan mudah jayakan satu show yang melibatkan artis-artis yang sudah ada nama dalam pentas lawak di negara kita ni. Abu Mamu sendiri selaku pemberi idea asal dan juga pengarah pentas sangat sibuk dengan show, Mamak Puteh pun banyak show sebab tahun lepas dia dah menang tempat ketiga di Maharajalawak Mega 2016 dan tahun ini kami menjemput Danial Lawak Solo dan Ahmad Fikry Lawak Solo untuk sama-sama memeriahkan pentas kami ini. Bukan mudah! Dua tiga kali kami duk cari tarikh yang sesuai agar semua orang dapat memberikan komitmen penuh kepada show ini. Akhirnya kami pilih 11 Februari 2017. Ini adalah tarikh pembukaan untuk show show yang bakal menjelang untuk tahun 2017.
Untuk pengetahuan hangpa, memandangkan depa ni semua banyak star yang sudah fofular, maka of courselah memang susah nak dapatkan semua orang untuk mai berlatih. Tapi kami pun dapatlah praktis dua hari sebelum show. Mula-mula pada hari Khamis, 9 Februari dan kemudiannya pada 10 Februari 2011. Itupun, disebabkan praktis yang dibuat pada saat-saat akhir ini, makanya ada banyaklah jugak perubahan drastik yang terpaksa kami putuskan di saat-saat akhir. Paling salute sekali kami nak berikan kepada Apit Bintang Mencari Bintang, kerana setelah penat dua malam memberi komitmen untuk berlatih bersama barisan pelakon lain, akhirnya wataknya telah diberikan kepada Abu Mamu. Pertukaran mendadak seperti ini selalunya akan menyebabkan pelakon jadi sentap dan mungkin merajuk tak mahu berlakon langsung pada keesokkannya, tetapi Apit telah menunjukkan semangat kesukanan yang jitu, dia tetap supporting, memahami dan menerima perubahan ini dengan hati yang terbuka! Satu sifat yang patut dicontohi oleh sesiapa sahaja.
Pada latihan terakhir pada hari Jumaat juga, Mamak Puteh telah mai lambat latihan. Lambat sampai 1 jam lebih menyebabkan Pengarah Produksi kami iaitu Abu Mamu telah bara dan menge-sound beliau. Sayangnya aku tiada di situ ketika Mamak Puteh kena sound. Esoknya, iaitu pada hari show, Mamak Puteh dengan jayanya telah datang dengan begitu awal sekali walaupun pada malam sebelumnya kami semua balik lewat iaitu lebih kurang pada jam 3 pagi. Tahniah Mamak! Disebabkan dia datang awal dan dia berasa bangga dengan kejayaannya bangun awal ini, dia pun seronok dan bermain pistol ayaq dengan memancut sesiapa sahaja ketika sesi membuat pentas Dewan Budaya.
Ermm...apa lagi nak cerita? Haaaaa! Tahukah anda, Danial Lawak Solo hampir-hampir terbabas dan terlepas show kita malam itu. Ini adalah kerana beliau yang mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan di Kuala Lumpur dan hanya dapat bertolak ke Pulau Pinang menaiki kereta pada jam 4.30 petang Sabtu tersebut. Akhirnya, lebih kurang pukul 9.00 malam beliau berjaya sampai di pintu belakang Dewan Budaya dengan selamatnya dan setelah dimake-up oleh Eyta Laila, beliau terus muncul di pentas auditorium bersama hangpa semua. Sebab tu dia terlepas sesi game! Dia terus buat stand up sahaja.
Selain Danial Lawak Solo, seorang lagi star yang kami berjaya jemput untuk hangpa semua adalah Fikry Lawak Solo yang sangat elok dan hemsem sekali. Ingatkan aku seorang yang minat kat dia, rupa-rupanya Lanun, Mamak, Abu, semua orang pun taste kat dia. Celaka betui! Apa pun, aku secara personal nak puji sifat anak ikan yang hemsem ini kerana di belakang pentas, ketika di bilik make up dia secara peribadi mendekati aku dan bertanya pendapat aku tentang persembahannya. Secara jujur aku kata, "Hey mak busy jalan sana sini tak sempat nak tengok hang punya show. Tapi mak sempat tengok hang buat scene Titanic, yang tu lawak sekali okay!" Fikry tersenyum manja dan dia mengakui dia sangat suka dan teringin untuk belajar lebih banyak tentang skill membuat lawak seperti yang dimiliki oleh Mamak dan Lanun. Harap lepas ini Fikry sudi join kami untuk buat show bersama-sama lagi.
Untuk pengetahuan hangpa, show Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun adalah kesinambungan kepada show Alkisah Lawak Resdong's yang dipentaskan pada tahun 2015 yang lalu. Dalam Alkisah Lawak Resdong's adalah empat pembahagian sketsa yang berlainan dan dilakonkan oleh para pemain, tetapi Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun pula terbahagi kepada 3 bahagian.
Pertama, game Timun di mana para pemain dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berentap mengikut kreativiti spontan masing-masing. Tahukah anda, semua yang dibuat oleh para pemain ini adalah 100% spontan sebab depa semua tak dak skrip, depa tak tau pun tajuk dan tema apa, yang depa tau adalah cara nak main game tu macam mana! Gila bukan senang wooo nak merepek macam tu. Orang yang IQ 23253 sahaja boleh buat lawak spontan macam tu.
Seterusnya, ada segmen stand up comedy oleh Fikry dan juga Danial. Memang sat sahaja. Ada yang kata tak puas hati. Tapi memanglah tak dan...sebab lepas tu ada segmen ketiga pula iaitu segmen teater!! Time ni la kami buat kira macam sorotan teater Mamak Jegey yang dipendekkan, sebab lepas ni insya Allah kita akan sambung ceritanya pada bulan Oktober 2017. Adakah betul Rajnikant mai kat warung Mamak Jegey tu? Kalau hangpa nak tau, kenalah mai show kami bulan Oktober 2017 nanti.
Aku tak boleh nak bagi ulasan sangat pasai show sebab show ini show kami, hangpa sebagai penonton, kalau sudi, maila bagi pendapat dan komen hangpa semua dengan menulis pada ruang komen ini atau pun PM kat Facebook page kami.
Catatan oleh Jumie Resdong's 18 Februari 2017.
No comments:
Post a Comment