Saturday 18 February 2017

(Ucapan Penghargaan) Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun

Nenjia!  Cukup seminggu sudah pementasan Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun yang telah berlangsung pada 11 Februari 2017 (Sabtu) di Dewan Budaya USM.  Kami nak ucap terima kasih banyak-banyak kat semua orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dari hari mula sampailah hari ini.  Okay kami takut kami tertinggal kat sapa-sapa,  mai nak buat senarai teruih!


Tiket Sold Out
Ucapan jutaan terima kasih kami untuk semua penonton kami yang datang menyaksikan teater kami.  Sanggup beli tiket,  mai jauh-jauh sampai Sungai Petani pun ada, semata-mata nak tengok show.  Sapa kata Penang tak boleh jual tiket?  Tiket RM25 sekeping ni pun boleh sold out habaq kat hang.  Hangpa tau dak,  lebih kurang pukul 5 petang pada hari tu,  tiket kami semua SOLD OUT dan untuk menjaga hati pengikut setia Resdong's yang terlepas nak beli tiket awal-awal,  kami pun stanby dah beberapa buku tiket extra.  Itu pun habis jugak! Malam show tu,  kami terpaksa tambah kerusi plastik lebih kurang 100 bijik lagi untuk pastikan kita semua dapat tempat duduk yang selesa.  kalau nak ikutkan,  lebih kurang 500 tiket terjual pada malam itu.  Alhamdulillah.

Kepada penonton baru especially yang mai tengok show kami sebab nak tengok Danial dan Fikry Lawak Solo,  terima kasih banyak-banyak sebab mai tengok show anak tempatan.  Harap lepaih ni hangpa mai lagi tengok show Resdong's dan support apa-apa aktiviti anjuran persatuan kami.




Berhibur Sambil Beramal
Dan seperti yang kami janjikan,  5% daripada hasil jualan tiket kami telah salurkan kepada wakil Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran seperti mana yang kalian saksikan pada malam itu.  Dan seterusnya,  kami juga buat kutipan melalui tabung khas yang diedarkan kepada semua,  yang tu kami pun tak tau ada berapa kat dalam tu,  kami tak bukak langsung. Kami bagi teruih kat wakil Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran bila kutipan habis di buat (lepas show...masa hangpa semua duk sibuk ambil gambar dengan artis).


Para Sponsor yang Baik Hati
Terima kasih kepada para sponsor kami.  Hangpa tau tak apa yang ada dalam goodie bag hari tu?  Untunglah sapa yang dapat beg tu u olls.  Dalam paper bag tu,  ada barangan kecantikan dari PSO,  ada pencuci 5 in 1 oleh crystal Laundry,  ada tissue imaan, dan poster limited edition yang mana telah disign oleh semua artist!! Untung sapa yang dapat.

Kepada hangpa yang masih tak berkesempatan nak tau pasai kami punya sponsor,  nenjia kami senaraikan untuk hangpa.  Mai la tengok tengok Facebook depa dan Instagram depa.  Support business orang kita!!

Crucetak Sdnbhd
Purebysafiyyahosman
Cafe Lagenda
The Sovereign
A Ghaffoor Martabak Original

Juga
Imaan Suci World
Crystal Laundry


Kami juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Dewan Budaya USM yang telah memberikan kerjasama baik dengan pihak kami sepanjang pementasan ini. Boss besaq Dewan Budaya USM iaitu Prof.  Madya Mohamad Omar Bidin pun mai tengok show tau.  Tahukah kalian,  ini merupakan usahama yang ke tiga belaih (13) antara Persatuan Teater Resdong's dengan Dewan Budaya USM.  Pertama kali Persatuan Teater Resdong's mengadakan pementasan di Dewan Budaya USM adalah untuk teater "Nindia Zeus Dah Mati Ghaplah Mesti Mari" iaitu pada tahun 2012.  Kami berharap agar usahasama baik antara persatuan kami dengan pihak Dewan Budaya USM akan berterusan selalu kerana bukan sahaja kami dapat memberi peluang kepada penonton Pulau Pinang untuk menyaksikan pementasan teater malah untuk orang Penang especially inilah peluang di mana kita semua dapat masuk kampus USM yang terulung di Malaysia ini.  Satu suntikan semangat untuk anak-anak kecik especially,  haa dah besaq...belajar pandai-pandai boleh mai belajar kat USM.


Last but not least,  tidak dilupakan untuk semua barisan pelakon dan semua tenaga produksi Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun.  Walaupun semua orang sibuk dan mempunyai komitmen yang tersendiri,  namun hangpa tetap bersama-sama bercekang mata siang dan malam semata-mata untuk pastikan semuanya berjalan lancar.  Show pun best,  ramai yang puji,  depa pun gelak sakan.


Barisan Tenaga Produksi pementasan Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun yang akan berlangsung pada 11 Februari 2017 (Sabtu) di Dewan Budaya USM.

Pengurus Produksi
Lanun Resdong's

Pengarah Produksi
Abu Mamu

Pengarah Artistik
Azwan Resdong's

Pengurus Pentas
Mista Fixx

Pengurus Tatacahaya
Noor Rizuwan

Sound Engineer
Whazzy Camaro

Make-up Artist
Eyta Laila

House Manager
Mie Oss

Front of House (FOH)
Nurul Fathin
Jumie Samsudin Resdong's
Yaya Resdong's
Atie Resdong's

Crew
Rizal Resdong's
Mantaro Resdong's

Runner Viral
Fairul Niezam

Pemain / cast
Danial Lawak Solo#
Fikry Lawak Solo#
Abu Mamu#
Jonn Ekzos#
Apit Bintang Mencari Bintang#
Mamak Resdong's#
Awie Resdong's#
Lanun Resdong's#
Acan Boria#
Chaetz Tapai#




Sekian sahaja cerita-cerita daripada kami.  hangpa stay tuned!  Bulan 10 kami akan buat show lagi.  Hangpa mai tengok tau.

No comments:

Post a Comment