Thursday, 22 March 2018

What is Lumbar Sprain?

Sesi melawat Mantaro di Hospital Pantai,  Ipoh.

WHAT IS LUMBAR SPRAIN?

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa yang terjadi kat Mantaro? Dia eksiden motor ka? Dia demam denggi ka? Pasaipa dia terlantar hospital? Semalam kami berkesempatan untuk menziarah beliau di Hospital Pantai Ipoh, jadi apa yang diceritakan oleh Mantaro kami nak kongsikan bersama semua pengikut Resdong's sebagai panduan dan iktibar bersama.


PENYEBAB
Mantaro menceritakan, pada hari Isnin yang lalu, dia seperti biasa semasa bertugas sedang bantu untuk angkat beberapa barangan. Ada satu muatan tu, lebih kurang 20kg. Mantaro berjaya sambut dan angkat muatan tersebut macam biasa. Tapi dia ada rasa bunyi POP di pinggangnya. Tapi tak rasa sakit dan dia masih boleh berjalan. Tak lama lepas tu, dia mula rasa kebas di kaki (kedua-dua belah) dan menyebabkan dia tak boleh berjalan. Dia bagitau kawan2 sekerja dan mereka menasihatkan dia untuk berehat. Apabila dia baring, terus dia tak boleh bergerak dan bangun. Dia rasa sakit yang amat sangat. Mantaro dikejarkan ke hospital menggunakan ambulance untuk mendapatkan rawatan. Pihak doktor menyatakan dia mengalami lumbar back sprains.


click read more

APA ITU LUMBAR BACK SPRAINS?
Lumbar adalah merujuk kepada 5 tulang belakang pertama dari tulang punggung. Sprains pula bermaksud terseliuh, terkehel atau tergeliat. Together, lumbar back sprains bermaksud, tulang belakang yang terseliuh.

Melalui penceritaan Mantaro dan pembacaan kami, Lumbar Back Sprains adalah apa yang terjadi apabila seseorang individu mengangkat bebanan yang terlalu berat. Apabila otot badan yang diperlukan untuk mengangkat bebanan tidak dapat menampung berat tersebut, bebanan itu dikongsikan ke ligamen (tisu yang menghubungkan tulang2). So bila ligamen pun dah stressed out (sebab muatan berat tu berlebihan), maka ligamen boleh terkoyak. Apabila ligamen di bahagian tulang belakang terkoyak, itu yang menyebabkan beberapa tulang lumbar Mantaro terkehel.




RAWATAN
Buat masa ini, Mantaro duk kena telan ubat tahan sakit sebab tanpa ubat-ubat tu, memang tak tahan sakitnya dan dia sukar untuk tidur. Setiap hari, dia kena buat sesi fisioterapi untuk membolehkan dia mampu berdiri dan berjalan. Sehingga Man boleh berjalan (menggunakan tongkat) barulah sekurang-kurangnya dia dibenarkan untuk pulang ke Pulau Pinang untuk meneruskan rawatan yang seterusnya. Apa yang diperlukan sekarang ini adalah kekuatan dan kudrat Mantaro untuk terus semangat dan doa daripada kalian semua!












No comments:

Post a Comment