Thursday, 1 March 2018

Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Langkawi Primrose Seaview



Hello u olls,

Okay first of all bila cakap pasai lawatan kami mai Langkawi,  mesti ampa tanya,  DUDUK MANA?  Haaaa ni yang syiok nak story ni.  Thanks to Mantaro sebab telah membuat research yang meletops.  Dia dapat tau pasai tempat ni sebab dia duk search kat Facebook and somehow tempat ni duk viral kat page mana ka sebab lokasi dan bilik ini sangat ohsem!  Challet yang berbentuk rumah-rumah tiga segi macam yang duk tengok kat pantai di England.

Lokasi challet bertajuk Langkawi Primrose Seaview adalah di Tanjung Rhu!  Memang kami suka sebab selalunya orang kalau mai Langkawi,  mesti nak duduk kat Chenang kan?  Memang lah best sebab Chenang ada banyak kemudahan,  kedai Choih pun berlambak,  tapi ke-tak-best-annya duduk di Chenang adalah orang terlalu ramai sampai semak perut.  So kalau u olls nak lokasi yang mendamaikan,  Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.

Langkawi Primrose Seaview adalah challet yang baru dibina (masa akak mai sini dua tahun lepas...depa baru duk renovate).  Masa tu dah boleh rasa dah...bestnya challet ni.....Tak sangka,  this year,  ada rezeki boleh mai tidur sini!

Lagi lah rezeki nak habaq mai......kami amik 3 bilik.  2 bilik mengadap jalan,  1 bilik mengadap laut.  Memandangkan akak sorang frompuan dalam group ni,  so bilik mengadap laut amik lah kat akak.  Bilik mengadap jalan....depa share la enam orang.  😍😍😝


Jom baca lagi...click read more







 


Pasaipa Best?
Pasaipa Langkawi Primrose Seaview patut dijadikan pilihan destinasi hangpa
👍 Lokasi Tanjung Rhu adalah mendamaikan,  jauh dari hiruk pikuk pekan Chenang
👍Sebelah challet ni ada Scaborough Fish and Chips (sedap wehsss...tapi this time akak tak mai makan sini sebab depa ni nak makan nasi ja....boleh tengok review akak kat sini Langkawi Trip 2016)
👍Ada beberapa jenis bilik,  mengadap laut / mengadap jalan.
👍Pemandangan laut sangatlah indah especially time Maghrib!  Masya Allah.
👍  Ayaq laut kat pantai ni memang best wehs...boleh nampak pulau apa ka (Thailand),  pastu pagi ka...petang ka....dia punya ombak tak kuat.  Seronok mandi!
👍Owner challet sangatlah mesra alam!
👍Kemudahan challet sangatlah ohsem,  dalam bilik ada water heater,  cerek elektrik,  seterika,  extra tilam dan bantal,  tuala....pastu kan...kami habaq kami nak buat BBQ....owner challet provide semua!  Nanti akak share dalam artikel seterusnya.


The Room
Ini adalah gambar bilik akak.  Ini kira bilik mengadap laut la.













The View Out Side
Haaa kan akak cakap,  bukak-bukak pintu ja teruih nampak laut.  Kalau bawak anak-anak boleh lepaih depa mandi teruih,  kita boleh tengok macam tu ja takyah risau-risau.  Kat sini pulak style tak ramai orang,  ayaq laut style cantek.  Tak semak perut u olls!



Ini gambar time tengah tengahari rembang.  Cantek kan?


Ini time nak Maghrib.....punya cantek pemandangan.

Nampak tak van putih?  Itu van kami sewa.  Parking sebelah ni ja.  Senang.



The Laut
Okay ini gambar kami time duk lepak-lepak depan challet.


Akak kecewa,  melihat masa depan.  Halaa...mai dengan depa ni.   Tak boleh nak mandi laut pakai 👙




Deni tengah-tengah panaih pun duk mengadap tab dia.  Buat apa?  MAIN GAME!



Pagi-pagi Man duk mai dah masuk laut.  Macam peghak buih tak pernah tengok laut,  padahal orang Penang.



Pemandangan laut ke arah barat.  Boleh nampak tanjung yang sangat cantek.  Lagi cantek kalau time tengahari.




Depa ni duk bersajak macam iklan rokok.



Dua gambaq group wefie before membuat aktiviti sepanjang kami di Langkawi.



Harga
Seaview RM250 per night
Road view  RM170 per night
* harga tertakluk kepada season

Nak booking?
Whatsapp/Call :  010-503 1366
Boleh follow Facebook depa:  Langkawi Primrose Seaview



.
.
.
.
Artikel ini ditulis oleh ahli persatuan Resdong's iaitu Jumie Samsudin melalui blognya www.jumiesamsudin.com.

No comments:

Post a Comment