Tuesday, 3 March 2015

Sekian sudah "AL-KISAH LAWAK RESDONG'S"

Alhamdulillah, "Alkisah Lawak Resdong's" berakhir dengan penuh gilang gemilang! Sambutan bunga api yang cukup power di tambah pula dengan bunyi gendang gendut tali kecapi... eh! apa aku merepek ni.. haha.. okay sorry! teater kali ini walaupun nampak macam last minit tapi alhamdulillah nampaknya masih berjaya memukau hampir 500 penonton bagi kedua dua malam..

Bagi ampa yang tak mai, mmg rugi tapi xpa sebab kami ni takkan dok diam, lepaih ni ada saja teater dari kami, ampa tunggu dan standby... standby duit tiket sekali! hahaha...

Bagi kedua - kedua hari 27 & 28 February 2015, show nampak sama tp sebenaqnya ada beberapa perbezaan di situ, kalau ampa mai dua2 hari, ampa tau la apa yg kami tukaq. Ceghita kami sama ja ada 4 ceghita

1. Penyu
2. Terung
3.Forum Perdana
4. Chombi Kechum

Ok, jom kita buat review sikit untuk ceghita PENYU!

Ceghita PENYU ni dilakonkan oleh SHAZLI EKZOS, MAMAK CUIT , LANUN RESDONG'S dan TOK MOH! depa tiga orang ni (SHAZLI EKZOS, MAMAK CUIT , LANUN RESDONG'S) nak p korek telur penyu. jadi bermacam - macam gaya dan bermacam rupa yang depa buat semata2 nak p korek TELOQ PENYU! tapi ampa pun tau sebenarnya bukan TELOQ PENYU yang depa korek! hahahaha!

Sapa boleh jawab, benda apa yg depa dapat? nanti aku suruh LANUN RESDONG'S bg ampa hadiah BAEKK PUNYA!! hahahaha

Yg no dua ceghita pasai TERUNG!

Eh! sabaq sabaq.. jangan dok jadi gila lagi, aku baghu nak ceghita.. hahaha... simpan sat gelak ampa tu.

sketsa ni dilakonkan oleh JON EKZOS, SHAZLI EKZOS, MAMAK CUIT DAN ABU MAMU.

Jon ni ada kawan yang mempunyai penyakit FOBIA TERUNG! malam pertama watak ini dilakonkan oleh ABU MAMU, di malam kedua watak si FOBIA TERUNG ni dilakonkan okeh MAMAK CUIT.. eh! eh sapa yg dok fobia tu ?? maafla! tersebut terung pulak.. eh fobia lagi..okay aku STOP ceghita ni! hahahahaha

Yg No Tiga pasai forum Perdana

yang ni aku tak mau review panjang2, tapi watak depa ni sebenaqnya mmg lawak si AMINUDIN BAKI dilakonkan oleh TOK MOH, si YUSOF BAKAR dilakonkan oleh LANUN RESDONG'S, Si Pak Ekk dilakonkan oleh SHAZLI EKZOS dan moderator pada malam pertama adalah ABU MAMU dan malam kedua adalah NAWI MOHD. yang tak boleh blah dan mangkaq gila... apa kena mengena CAWAN dengan pembangunan EKONOMI, segala METAFORA dan segala benda ! dan apa kejadah kaitan nya pula kisah CAWAN ni dengan YUSUF BAKAR seorang PENGERUSI KEBUDAYAN yang berpengalaman luas? Ya betoi,tajuk dia CAWAN.Antara soalan yang dikemukakan ialah Berapa kuantiti Cawankah yang perlu ada disetiap rumah? Tapi jawapan yang diterima atau yang dihuraikan oleh pihak panel sudah semestinyalah tak masuk akai dan yang paling tak boleh terima tak manjawab soalan langsung. Kah Kah Kah!!!!!Forum ni ada tiga segment..Soalan yang ditanya moderator , soalan oleh penonton di dewan dan penonton di rumah ! Ok, penonton kat rumah telefon bukan nak tanya soalan tapi just nak panggil depa ni p makan kenduri kawin... !!! itu yang paling tak boleh blah! hahahaha

Yg No 4, Penutup Ceghita, CHOMBI KECHUM!

ampa tau kan combi kechum tu tak mati, yg dok jalan p ke hulur ke hilir yang macam hantu sebenarnya ialah kembaq si combhi kechum.. yang aku bengang (aku ni sebagai penonton malam tu! hahaha) kalau kembaq habaq la awai2 kan.. ni dok jalan sini.. dok jalan sana... dah macam hantu penanggal dah, dengan rambut dia lagi! hahaha.. malam pertama watak sebagai orang kampung yang juga kawan baik pada CHOMBI KECHUM ialah SHAZLI EKZOS, DEKNA AF, WAK RESDONG'S & AWIE RESDONG'S dan ABU MAMU dan tapi malam kedua tu ada sikit perubahan kecik, di mana malam tu ABU MAMU ada hal yang tak dapat dielakkan jadi watak dia digantikan oleh NAWI dan disebabkan WAK RESDONG'S mengalami batuk kering tahap dewa, watak dia digantikan oleh MAMAK CUIT... Rupanya, memang elok pun si kembaq CHOMBI KECHUM tak habaq awai- awai dia sapa.. sebab kalau dia habaq , si setan2 tu tak ceghitala perkara sebenaq apa yg depa dok buat kat CHOMBI KECHUM kan? haha

*Ceghita dalam CHOMBI KECHUM kebanyakkan adalah CEGHITA BENAR lebih2 ceghita pasal SHAZLI EKZOS! hahahahaha.. ops!! aku larik dulu... konfem ada org mengamuk lepas ni

Pelbagai Komen dari segi positif dan negatif yang kami dapat daripada penonton kali ni... Aku suka sebenarnya ampa dok komen pi komen mai, bukan apa sebab sikitpun tak mematahkan semangat perjuangan kami dalam terus menerus menghasilkan karya teater ini. Kadang - Kadang tak ceghita kami sama setiap kali kami buat show, jadi jangan la hanya kerana satu show, ampa nak judge kami yang bukan - bukan, betoi tak? lagipun ini bukan show kami yang pertama... harap ampa semua faham dan bertenang... hahaha ok !sebenaqnya banyak benda yang berlaku ketika latihan, di mana ada orang - orang yang sepatutnya melakonkan watak tertentu terpaksa menarik diri dan perkara2 macam ni memang tak dapat di elak kan.. Jadi apa yang kami harapkan adalah ampa semua terus menerus menyokong kami dan pakat2 mai tgk teater kami lagi. Insyallah!

Okay, kita tunggu sambungan, aku nak share gambaq pulak :)

No comments:

Post a Comment