Alhamdulillah kerana pada 25 Julai 2014, kami dapat berkumpul bersama - sama bagi menjayakan program berbuka puasa ini.
Yaya, selaku setiausaha bagi Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang telah diberi tugasan oleh Pengerusi iaitu Abg Wan untuk membuat tempahan di sebuah restoran yang agak terkenal.
Sebelum Yyaya diberi tugasan, Pengerusi dan beberapa ahli lain telah bersepakat untuk memilih CLICKTOWN KOPITIAM sebagai tempat untuk majlis berbuka puasa.
Yaya telah berjumpa dengan Pengurus Restoran tersebut iaitu Encik Zaid. Menu yang disediakan amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Untuk satu orang kami dapat menikmati main course, Side Course 1, Side Course 2 and Drinks.
Walaupun service agak kurang menyerlah mungkin disebabkan bulan puasa atau kekurangan pekerja
namu makanan yang disediakan tidak mengecewakan. Jika anda berminat anda boleh melayari page mereka di facebook iaitu Facebook.com/ClickTownKopitiam dan website www.clicktown.com.my
No comments:
Post a Comment