Sesi melawat Mantaro di Hospital Pantai, Ipoh.
WHAT IS LUMBAR SPRAIN?Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa yang terjadi kat Mantaro? Dia eksiden motor ka? Dia demam denggi ka? Pasaipa dia terlantar hospital? Semalam kami berkesempatan untuk menziarah beliau di Hospital Pantai Ipoh, jadi apa yang diceritakan oleh Mantaro kami nak kongsikan bersama semua pengikut Resdong's sebagai panduan dan iktibar bersama.
PENYEBABMantaro menceritakan, pada hari Isnin yang lalu, dia seperti biasa semasa bertugas sedang bantu untuk angkat beberapa barangan. Ada satu muatan tu, lebih kurang 20kg. Mantaro berjaya sambut dan angkat muatan tersebut macam biasa. Tapi dia ada rasa bunyi POP di pinggangnya. Tapi tak rasa sakit dan dia masih boleh berjalan. Tak lama lepas tu, dia mula rasa kebas di kaki (kedua-dua belah) dan menyebabkan dia tak boleh berjalan. Dia bagitau kawan2 sekerja dan mereka menasihatkan dia untuk berehat. Apabila dia baring, terus dia tak boleh bergerak dan bangun. Dia rasa sakit yang amat sangat. Mantaro dikejarkan ke hospital menggunakan ambulance untuk mendapatkan rawatan. Pihak doktor menyatakan dia mengalami lumbar back sprains.
click read more